Jika anda mengikuti perkembangan trend pembayaran di negara ini, pastinya anda tahu bahawa terdapat banyak aplikasi e-dompet & duit digital yang disediakan untuk perniagaan dan pengguna.

Dalam artikel terdahulu, kami pernah menyentuh topik mengenai perbezaan di antara e-dompet (e-wallet) serta duit digital (e-money).

Walaupun syarikat atau jenama e-dompet seperti AliPay, WeChat Pay & Samsung Pay lebih gah dan dikenali; namun kesemua jenama ini datang daripada negara Cina & Korea.

Sebenarnya, syarikat-syarikat dalam negara Malaysia juga tidak kurang hebatnya.

Jom kita lihat & kenali dengan ringkas mengenai 4 di antara aplikasi e-dompet dari negara ini:

4. TaPay

tapay e dompet malaysiaKredit imej: TaPay

Syarikat Pemilik: Fullrich Malaysia Sdn Bhd

Lesen E-Money Bank Negara Malaysia: Belum mendapat kelulusan

Peranti: Android

TaPay merupakan e-dompet terbaru yang memasuki pasaran e-dompet tempatan.

Ia mempunyai fungsi-fungsi asas e-dompet dan diwujudkan dengan kerjasama Barrington Group, Beijing Fullrich Information Technology, Cyberview & Affin Bank.

Oleh kerana ia merupakan projek Cyberview, maka tidak hairanlah Cyberjaya dipilih sebagai bandar utama untuk aplikasi e-dompet ini diperkenalkan.

3. KiplePay

kiplepay aplikasi e-dompetKredit imej: KiplePay

Syarikat Pemilik: Webonline Dot Com Sdn Bhd

Lesen E-Money Bank Negara Malaysia: Menerima lesen daripada BNM

Peranti: Android & iOS

KiplePay adalah sebuah aplikasi e-dompet yang mengetengahkan konsep penjimatan dan jejak perbelanjaan.

Ia menawarkan fungsi-fungsi e-dompet dan dibangunkan oleh Webonline Dot Com Sdn Bhd, sebuah subsidiari Green Packet Berhad.

2. Boost

boost aplikasi e-dompetKredit imej: Boost

Syarikat Pemilik: Axiata

Lesen E-Money Bank Negara Malaysia: Menerima lesen daripada BNM

Peranti: Android & iOS

Boost dibangunkan oleh Axiata. Selain vcash oleh Digi, Boost juga menunjukkan minat syarikat telco untuk menerokai sektor e-dompet & pembayaran digital.

Melalui Boost, pengguna boleh menghantar wang dan menggunakan fungsi-fungsi e-dompet seperti pembayaran online dan secara fizikal di kedai-kedai terpilih.

1. vcash

vcash aplikasi e-dompet malaysia

Syarikat Pemilik: Y3llowLabs Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Digi Telecommunications Sdn Bhd

Lesen E-Money Bank Negara Malaysia: Menerima lesen daripada BNM

Peranti: Android & iOS

Selain daripada menghantar/meminta duit, membuat pembayaran online, pembayaran di kaunter, pembelian dalam app & lain-lain fungsi e-dompet — vcash juga ada fungsi pilihan bahasa untuk aplikasi anda.

Paling menarik, aplikasi e-dompet vcash boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jenis telco.

vcash dibangunkan oleh Digi-X melalui kerjasama di antara Y3llowLabs Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd & Valyou Sdn Bhd.

vcash juga merupakan di antara e-dompet yang paling pesat berkembang & membangun.

Ini dibuktikan melalui pelbagai penambahbaikan dan fungsi-fungsi baru yang bakal diperkenalkan untuk menjadikannya e-dompet pilihan rakyat Malaysia.