Aplikasi e-wallet dalam smartphone semakin dikenali di kalangan rakyat Malaysia.

Walaupun begitu, penggunaan aplikasi e-wallet masih memerlukan lebih pendedahan di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana ia merupakan sebuah teknologi yang agak baru.

Atas dasar usaha untuk memartabatkan penggunaan e-wallet di kalangan rakyat Malaysia — ditambah pula dengan lanskap masyarakat yang berbilang kaum — vcash tampil dengan suatu kelainan untuk  rakyat Malaysia.

Semenjak 2 minggu yang lalu (sewaktu artikel ini ditulis), vcash mula memperkenalkan tetapan untuk menukar pilihan bahasa dalam aplikasi.

Kini, anda boleh menukar bahasa daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.

Malah, untuk versi yang terbaru, vcash telah memperkenalkan pilihan Bahasa Cina (Mandarin) & bakal menyusul, pilihan dalam Bahasa Tamil.

Cara-Cara Menukar Pilihan Bahasa Dalam Aplikasi E-Wallet vcash

Langkah pertama selepas melancarkan aplikasi & log masuk ke akaun vcash anda adalah membuka paparan menu.

Kemudian, tekan pilihan “My account”.

aplikasi e-wallet vcash dalam bahasa melayu

Anda akan dibawa ke paparan untuk tetapan akaun anda, di mana anda akan melihat pilihan “Language options”.

Tekan pada pilhan tersebut dan paparan kecil untuk pilihan bahasa akan timbul & anda boleh memilih pilihan bahasa yang anda inginkan.

Jangan lupa untuk berkongsi berita ini dengan rakan-rakan anda bagi membantu mereka menggunakan vcash dengan lebih efisien 🙂