Jika soalan apakah pesta buku paling digemari oleh rakyat Malaysia ditujukan kepada anda, pastinya jawapannya adalah Big Bad Wolf Book Fair.

Acara yang mengumpulkan jutaan buku pada harga terendah ini kembali lagi dengan Big Bad Wolf KL 2017 (#BBWKL2017) pada 8 hingga 18 Disember 2017 di MIECC, The Mines.

Selain daripada diskaun sehingga hampir 90%, acara ini juga terkenal kerana ia diadakan berterusan selama 24 jam setiap hari & dihadiri ribuan pengunjung.

Jadi, jom kita lihat tip-tip yang anda boleh lakukan untuk memastikan pengalaman Big Bad Wolf KL 2017 merupakan pengalaman yang menyenangkan.

1. Pakai Pakaian Yang Selesa & Ringkas

Keadaan dalam dewan pameran boleh menjadi sangat sesak pada waktu tertentu. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan elakkan berkasut tumit tinggi (untuk wanita).

Anda juga digalakkan untuk makan terlebih dahulu sebelum berkunjung ke Big Bad Wolf KL 2017. Selain itu, bawa air minuman untuk menghilangkan dahaga dan mengawal suhu badan anda.

2. Bawa Beg Atau Troli SENDIRI

Untuk menjaga alam sekitar, pihak penganjur tidak akan menyediakan beg plastik.

Anda boleh membawa beg plastik sendiri. Tetapi, kami lebih galakkan anda membawa beg atau troli sendiri — terutamanya jika anda bakal membeli buku dalam kuantiti yang banyak.

Oh, jika anda terlupa membawa beg atau memerlukan beg tambahan, vcash ada menyediakan “tote bag” eksklusif untuk 100 orang pengunjung setiap hari.

Hanya pengunjung yang mendepositkan wang sebanyak RM100 ke dalam e-dompet vcash sahaja yang layak menerima saguhati ini dari kami.

3. Elakkan “Peak Hours

Bagi anda yang tidak suka bersesak atau menghadap kesesakan lalu-lintas, anda disyorkan untuk datang pada waktu-waktu yang kurang popular seperti awal pagi.

4. Sediakan Senarai Buku

Walaupun anda bakal rambang mata dalam membeli-belah buku-buku di acara ini, anda boleh menjadi lebih efisien dengan membuat perancangan untuk buku yang bakal dibeli.

Sediakan senarai buku berserta nama penulis untuk memudahkan anda membuat pencarian.

5. Jangan Lupa Guna vcash

Anda tidak perlu risau jika tidak membawa wang yang mencukupi kerana anda boleh menambah wang anda secara online pada e-dompet vcash.

vcash boleh digunakan untuk membuat pembayaran secara pantas di semua kaunter-kaunter pembayaran.

Paling menyenangkan, anda tidak perlu menerima baki dalam bentuk syiling serta wang kertas.

Selain itu, kami juga ada menyediakan beberapa promosi & ganjaran khas untuk pengguna vcash.

6. Berhemah & Bersabar

Keadaan yang sesak boleh menyebabkan stres dan perasaan yang tidak menyenangkan.

Tetapi, ini bukan alasan untuk kita mengikut perasaan dan melupakan nilai-nilai murni seperti budi bahasa kita.

7. Jangan Lupa Berseronok!

Gunakan peluang menghadiri pesta buku Big Bad Wolf KL 2017 sebagai salah satu cara untuk bergembira.

Jangan lupa berkongsi gambar anda di laman sosial dengan menggunakan hashtag #vcashxBBW & #BBWKL2017!